71 lagi kematian baharu Covid-19

0
1

SEBANYAK 71 lagi kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini adalah 2,867 sejak wabak berkenaan melanda negara lebih setahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian itu adalah membabitkan 69 orang warganegara dan dua bukan warganegara.

Menurutnya, bagi jumlah kumulatif kes Covid-19 sehingga kini adalah sebanyak 579,462 kes termasuk tambahan kes baharu hari ini 7,105 kes.

“Jumlah kes sembuh baharu adalah 6,083 kes menjadikan kumulatif kes sembuh 496,121 kes dengan 80,474 kes masih aktif.

“Kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan 872 kes membabitkan 419 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, sebanyak 27 lagi kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhan 2,215 kluster dikesan setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here