Petugas kesihatan beri tips pakaian sesuai ketika terima vaksin

0
2

KERAJAAN telah memperhebatkan aktiviti penyuntikan vaksin Covid-19 dengan memperbanyakkan slot janji temu.

Langkah itu mendapat sambutan baik rakyat dan ini diakui Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) baru-baru ini.

Namun masih ramai tidak tahu pakaian yang sesuai dipakai ketika hadir untuk menerima suntikan vaksin.

Menerusi laman TikTok, seorang petugas kesihatan dikenali sebagai Azrul berkongsi tips dan panduan kepada orang ramai berkenaan pakaian yang sesuai ketika hadir untuk menerima suntikan vaksin.

Katanya, baju yang sesuai dapat membantu memudahkan petugas melakukan suntikan vaksin di tangan menerima.

Menerusi video yang tular itu, Azrul memberi panduan dan tips pakaian terutamanya kepada wanita Islam semasa ingin mengambil suntikan vaksin.

Menurutnya, masih ramai wanita tidak tahu dan buntu mengenai pakaian yang sesuai dan perlu mereka pakai.

Dalam video itu, dia menyarankan agar wanita bukan Islam memakai baju lengan pendek.

Namun bagi yang beragama Islam pula, dia menyarankan agar memakai baju lengan pendek tetapi bersama dengan memakai cardingan.

Malah, dia memberitahu jika tidak ingin memakai baju pendek bersama cardingan, golongan hawa boleh memakai pakaian yang longgar dan sopan kerana menurutnya di pusat vaksinasi tersebut tidak ramai petugas wanita.

Ternyata video TikTok itu telah berjaya mencuri perhatian netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pujian kepada Azrul kerana berkongsi info yang berguna terutamanya kepada wanita.

Malah, ada netizen yang berkongsi pengalaman sama ketika mengambil vaksin dengan memakai pakaian yang diberitahu kerana ia lebih memudahkan dan menjimatkan masa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here