Ahli Parlimen, Adun boleh rentas negeri, daerah

0
1
Sekatan Jalan Raya di jalan Kuala Lumpur - Ipoh dari kedua-dua arah susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) bermula pukul 12.01semalam sehingga 27 Oktober 2020. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

AHLI Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan merentas sempadan negeri dan daerah untuk mengunjungi kawasan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh atau lockdown sehingga 14 Jun ini.

Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan mengadakan atau menghadiri sebarang majlis semasa tempoh berkenaan.

Larangan itu termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) terkini dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa hari ini.

“Ahli Parlimen dan Adun dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis,” menurut SOP itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here