JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) membuat ketetapan bahawa pelaksanaan upacara akad nikah dalam apa juga cara dan bentuk adalah ditangguhkan.

Menerusi infografik dikongsi di Facebook JAIS hari ini, ketetapan itu berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 30 Jun 2021.
Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau ‘lockdown’ fasa pertama yang sedang berkuatkuasa.
Menurut JAIS ketetapan itu mendapat perkenan Sultan Selangor setelah diperhalusi dan demi membantu keberkesanan dasar serta kepentingan banyak pihak.
PKP Penuh fasa pertama yang dilaksanakan di seluruh negara berkuatkuasa hari ini sehingga 14 Jun 2021. – Malaysiapost
Foto Kredit: Utusan

