SEHARI sebelum sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Malaysia mencatatkan 6,824 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 572,357.
Angka terbaharu itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dengan Selangor terus merekodkan kes melebihi 2,000 iaitu 2,111.
Kelantan merekodkan kes kedua tertinggi iaitu 695, diikuti Sarawak (654), Johor (489), Kedah (464), Kuala Lumpur (387), Melaka (352) dan Pulau Pinang (328).
Perak mencatatkan 255 kes, Negeri Sembilan (253), Pahang (219), Sabah (207), Terengganu (204), Labuan (166), Putrajaya (28) dan Perlis (12). – Malaysiapost

