1,052,145 lengkap dua dos vaksin

0
1
Vaksin AstraZaneca di PWTC.

SERAMAI 1,052,145 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata seramai 1,860,864 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,913,009 setakat semalam.

Dr Adham berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 139,427 dos diikuti Sarawak (109,934), Perak (97,558), Kuala Lumpur (94,398) dan Johor (92,231)

Sehingga semalam, 49.90 peratus atau 12,117,091 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,233,832 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya.

Fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here