PAS Serah siasatan kes Khairuddin kepada polis – Takiyuddin

0
3

PAS menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan mengenai kesalahan rentas negeri membabitkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata setakat ini pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung perkara itu.

“PAS adalah parti yang akur kepada undang-undang. Apabila dikatakan sesiapa sahaja pemimpin (atau) ahli melakukan kesalahan, kita serah kepada pihak berkuasa.

“Orang yang dituduh itu mempunyai hak bela diri. Prinsip undang-undang adalah seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pengagihan sumbangan kepada penerima vaksin Parlimen Kota Bharu di pejabatnya hari ini.

Semalam, polis mengesahkan kenderaan Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik dilaporkan berkata, siasatan lanjut dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, termasuk dakwaan dan maklumat tular membabitkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/29/polis-sahkan-khairuddin-diperiksa-di-sjr-perasing/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here