Pesawat Israel dibenar melintas, mana PAS dan Umno?

0
1

PEMUDA Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan pendirian PAS dan Umno berhubung tindakan kerajaan membenarkan pesawat milik syarikat Israel melintasi ruang udara Malaysia.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) mengakui lintasan pesawat Israel di ruang udara negara sememangnya dibenarkan pihak kerajaan.

“Kenyataan ini seakan-akan kita tidak boleh langsung menghalang mana-mana pesawat atas nama keanggotaan dalam Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selagi ia tidak mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Belaiu berkata, kenyataan tersebut keluar daripada kerajaan yang disifatkan suka bermuka-muka.

“Kecaman terhadap Israel sekadar di mulut namun hakikatnya muka-muka inilah yang rapat dan mesra dengan para pelobi normalisasi hubungan dengan Israel.

“Akibat terbiasa bermuka-muka itulah yang akhirnya tanpa rasa bersalah membenarkan pesawat Israel melalui ruang udara negara.

“Kalau pun mahu bersangka baik pesawat Israel tidak mengancam keselamatan negara, tidakkah berwaspada dengan tidak membenarkan itu jauh lebih baik?” soalnya.

Syazni Munir berkata, mengapa Indonesia pada 2017 dengan tegas boleh menghalang pesawat Israel melalui ruang udara mereka dengan beberapa perincian justifikasi sedangkan negara itu juga anggota ICAO.

“Tidakkah Perdana Menteri dan para menteri tahu betapa resahnya rakyat mendapat tahu pesawat Israel dengan senangnya boleh melintas ke ruang udara negara?

“Sedangkan beberapa hari sebelumnya rakyat Malaysia telah memberi sokongan jitu kepada perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Semalam, MOT mengesahkan pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel yang melalui ruang udara negara baru-baru ini disahkan mendapat kelulusan daripada penerbangan Malaysia.

MOT dalam kenyataan berkata, pesawat awam itu disahkan melalui ruang udara negara mengikut peraturan-peraturan ditetapkan ICAO yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada negara anggota. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here