TIDAK pasti sama ada bertuan atau tidak, seekor anjing telah diperlakukan secara kejam apabila diwarnakan seakan harimau.
Berdasarkan gambar yang dikongsi Persatuan Haiwan Malaysia, anjing itu diwarnakan dengan warna oren berbelang hitam.
Anjing itu juga tidak mempunyai sebarang tanda pengenalan seperti dipakaikan rantai dan berkemungkinan ia adalah haiwan jalanan.
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan hadiah kepada pemberi maklumat yang dapat memaklumkan lokasi dan siapa pemilik anjing berkenaan.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh Whatsapp Hotline Animal Malaysia +601120901097- Malaysiapost


