PKR Slim: Ismail minta orang ramai patuhi SOP PKP

0
2
KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.
Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, July 21 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a news conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Parliament building, today.
Beginning July 24, Malaysians and foreigners coming back from overseas will have to undergo 14 days of compulsory isolation at designated quarantine stations and not at their own homes.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

ORANG ramai dinasihatkan supaya mematuhi penjarakan sosial di tempat membuang undi selain memakai pelitup muka bagi mengawal penularan Covid-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, penyokong semua calon juga mesti mematuhi peraturan dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang boleh mengganggu proses pengundian.

“Ini baru pusat pengundian pertama saya sampai. Keadaan terkawal, walaupun ada dua pihak berdekatan, saya harap mereka mengawal diri.

“Jangan ada pertelingkahan supaya tidak ada isu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Saya harap keadaan seperti ini terus kekal. Saya menyeru pengundi sampai lebih awal, kita khuatir petang ini hujan,” katanya seperti dilapor BH.

Ismail Sabri juga berharap, rakyat dapat membuat pilihan yang tepat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dengan memilih calon yang boleh membawa suara mereka ke peringkat tertinggi.- Malaysiapost