Safawi belum fikir untuk ke Portugal

0
2

BINTANG bola sepak negara, Safawi Rasid menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) berhubung perpindahannya ke kelab Portugal, Portimonense SC.

Pemain berasal dari Terengganu itu berkata, dia akan mendapatkan pengesahan lebih terperinci sebelum berkongsi kepada penyokong mengenai masa depannya.

“Setakat ini saya tak fikir lagi untuk pergi ke kelab Portugal. Kalau boleh saya nak fokus kepada JDT, Liga Super dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Selepas itu saya fikir yang terbaik untuk kerjaya saya sebagai pemain,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Sebelum ini, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan pasukan itu menerima tawaran daripada Portimonense untuk pemain berusia 23 tahun itu dan bersedia untuk melepaskannya bagi meneruskan karier di Eropah.

Malah, perpindahan itu mendapat ‘restu’ pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali gus menyaksikan impian Safawi untuk menggegar bumi Eropah menjadi kenyataan.- Malaysiapost