Khairuddin nafi kahwini Mawar Karim, dakwa difitnah

0
2

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Seri Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau adalah individu yang ditahan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perasing, Terengganu bersama bekas isteri seorang artis, Mawar Abdul Karim, hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, berkata beliau juga menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa sudah berkahwin dengan Mawar dan menyifatkan semua dakwaan itu sebagai satu fitnah terbaharu daripada mereka dengki kepada beliau.

“Semoga Allah membalas segala fitnah mereka dengan sehina-hinanya!,” katanya seperti dilaporkan portal AgendaDaily

Sehubungan itu, beliau difahamkan sudah membuat laporan polis pada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menegakkan kebenaran.

“Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan Polis,” tegasnya.

Semalam, tular dalam mesej WhatsApp melibatkan Khairudin bersama wanita yang dikatakan Mawar itu semasa ditahan dalam SJR di Perasing.

Mawar yang pernah menjadi isteri kepada pelakon, Fizo Omar didakwa dilihat berada di dalam kereta yang sama dalam kereta Khairudin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here