Kes Tajuddin: 5 individu dirakam keterangan

0
2

SERAMAI lima individu telah dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung kegagalan bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memakai pelitup muka, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah berkata kesemua individu terbabit termasuk Tajuddin hadir memberi keterangan hari ini.

Katanya selain Tajuddin, tiga yang hadir ialah wakil dari Prasarana serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Kita akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakamkan percakapan, termasuk petugas media yang hadir sidang media (dikendalikan Tajuddin) Selasa lalu,” katanya menerusi kenyataan.

Difahamkan Tajuddin telah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 5.45 petang tadi.

Terdahulu, Tajuddin tiba ke IPD Dang Wangi di ibu negara pada jam 4.45 petang tadi.

Selasa lalu, Tajuddin hanya memakai pelindung muka tanpa pelitup muka pada sidang media khas Prasarana susulan kemalangan dua tren transit aliran ringan (LRT) sehari sebelum itu.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkutan) 2021.

Tengah hari tadi, Syed Saddiq hadir memberi keterangan berhubung ciapannya di laman Twitter yang mempersoalkan tindakan kerajaan kepada Tajuddin yang tidak memakai pelitup muka pada sidang media baru-baru ini. – Malaysiapost

Foto Kredit: WeirdKayaMY/TW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here