5 lagi lokaliti dikenakan PKPD hari ini

0
1

KERAJAAN hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 hasil saringan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu untuk mengawal pergerakan penduduk, seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti lain.

Pelaksanaan PKPD tersebut bermula dari 29 Mei sehingga 11 Jun.

Berikut adalah senarai lokaliti terbabit:

  1. Mukim Sitiawan, Manjung, Perak
  2. Tiga mukim dalam daerah Bera, Pahang (Bandar Triang) (Pekan Kemayan) (Gugusan Mendi)
  3. Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
  4. Kampung Baru Durok, Keningau, Sabah
  5. Kampung Mook, Kinarut, Papar, Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here