Amalan rekod butiran diri, daftar masuk premis masih tak dipandang serius

0
1

AMALAN merekod butiran diri atau daftar ketika memasuki mana-mana premis masih tidak dipandang serius oleh segelintir masyarakat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata ia terbukti apabila kesalahan itu merekodkan angka tertinggi sejak kebelakangan ini.

Dalam tempoh lima hari lalu, katanya, 941 kesalahan direkodkan berkaitan kegagalan merekod butiran diri atau daftar ketika memasuki mana-mana premis.

“Merekod butiran diri atau daftar masuk ke dalam mana-mana premis amat penting bagi mencegah penularan Covid-19 dan ia merupakan salah satu strategi norma baharu yang harus diamalkan oleh semua orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail sabri berkata, jika berlaku penularan kes, pihak berkaitan terutama Kementerian Kesihatan (KKM) mudah untuk berhubung dengan individu sekali gus mengurangkan penularan kepada orang lain

Selain itu, Ismail Sabri berkata kesalahan tiada penjarakan fizikal turut mencatatkan peningkatan dalam tempoh sama iaitu 767 secara kumulatifnya.

“Penjarakan fizikal sememangnya sukar diamalkan di kawasan sesak dan sempit, namun mengambil iktibar daripada kluster-kluster sebelum ini, masyarakat dinasihatkan untuk akur dan patuh kepada nasihat yang diberikan. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam komuniti.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP supaya penularan wabak ini dapat dielakkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here