Pokok tumbang berhampiran Muzium Negara, penunggang motosikal cedera

0
1

SEORANG penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang berdekatan Muzium Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 3.05 petang itu berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang di tepi jalan menghala ke bandar raya dari arah KL Sentral.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata kejadian itu turut menyebabkan sebuah Proton Saga dinaiki dua lelaki warga asing dihempap.

“Penunggang motosikal cedera ringan di kaki telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan, manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan.

“Kerja pembersihan jalan masih giat dilakukan oleh pihak berwajib dan dijangka trafik boleh beroperasi semula seawal jam 7 malam ini,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here