PM sokong naikkan kompaun pesalah PKP

0
3

Fitri Nizam

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan terhadap cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan kadar kompaun bagi kesalahan di bawah Akta 342.

Beliau berkata, kenaikan kadar kompaun itu sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari denda sekarang.

Katanya, tidak ada siapa dikecualikan dari peraturan ditetapkan itu, dan mana-mana individu yang melanggarnya akan dikenakan hukuman setimpal.

“Saya juga menyokong cadangan KKM untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar sekarang.

“Walaupun begitu, perkara ini perlu diperhalusi dan Akta 342 itu perlu dipinda terlebih dahulu,” katanya dalam Perutusan Khas PKPP menerusi siaran langsung di RTM, malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang berunding dengan pengilang dan pembekal untuk menurunkan harga pelitup muka.

Kata beliau, jika rundingan itu berhasil, harga pelitup muka akan lebih berpatutan dan dapat meringankan beban rakyat.