PKP3.0: Menteri disaran sumbang gaji kepada rakyat – Zamil

0
2

TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim menyarankan menteri menyalurkan sebahagian gaji mereka kepada rakyat bagi menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Beliau berkata, wang yang disalurkan itu akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan rakyat PKP 3.0 bagi tempoh tiga bulan bermula Mei ini hingga Ogos.

Katanya, ianya bagi membantu mereka yang terkesan dengan pelaksanaan PKP baru-baru ini.

“Dengan kebijaksanaan mereka, dengan kehebatan mereka kini , apa kata gaji mereka disalurkan ke tabung kebajikan rakyat fasa PKP 3.0 ini untuk tempoh 3 bulan bermula bulan ini hingga Ogos 2021.

“Saya percaya rakyat akan sayang mereka kerana sanggup bersusah senang bersama rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar menteri dan juga timbalan menteri menunjukkan contoh yang baik terhadap rakyat dalam isu ini.

“Jangan hanya rakyat saja kena hadapi kesusahan ini,” tegasnya.

Menurut ekonomirakyat.com.my, memetik portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan pendapatan yang diperoleh ahli pentadbiran dengan Perdana Menteri mengungguli pendapatan tertinggi iaitu pada RM94,000.

Manakala, Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa pula berada di tangga kedua dengan pendapatan RM88,000 sebulan diikuti Menteri dari Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan pada RM85,000.

Pendapatan terendah yang diisytiharkan oleh ahli pentadbiran kerajaan kepada SPRM adalah RM25,700 sebulan.

Dalam kata lain, majoriti ahli politik di Malaysia memperoleh pendapatan di luar lingkungan pendapatan majoriti rakyat Malaysia di mana gaji penengah pekerja di Malaysia adalah sekitar RM2,308 sebulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here