Pemimpin kerajaan punca Covid-19 makin teruk – Isham Jalil

0
1
isham jalil

KEGAGALAN negara memerangi Covid-19 adalah disebabkan kelemahan kerajaan sendiri, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Isham berkata, perkara itu turut diakui seorang pegawai kanan kerajaan yang mendakwa kelemahan pemimpin kerajaan menjadi punca mengapa situasi pandemik Covid-19 di negara ini adalah teruk.

Beliau berkata, wabak Covid-19 di negara lain semakin terkawal berbanding Malaysia yang semakin buruk dengan kadar kematian dan jangkitan yang meningkat.

“Namun pemimpin kerajaan hanya kerap menyalahkan rakyat dengan menyatakan peningkatan wabak ini disebabkan rakyat yang tidak mengikut SOP.

“… walaupun kemasukan varian baru dari luar negeri berlaku kerana dasar kuarantin dan pengawalan sempadan kerajaan berkenaan Covid-19 yang tidak ketat dan lemah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Isham berkata, kadar vaksinasi di Malaysia juga adalah antara yang terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

“Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Muhyiddin hari ini tidak mampu menguruskan masalah ini, kerana yang menjadi masalah sebenarnya adalah kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Portal Free Malaysia Today melaporkan, seorang pegawai kanan dari pentadbiran Putrajaya mendakwa kerajaan kekurangan kepimpinan yang tegas dan itu menjadi punca mengapa pengurusan pandemik Covid-19 di negara ini dilihat lemah.

“Terlalu ramai orang menguruskan perkara yang sama” membawa kepada keputusan ‘flip-flop’ dan dasar yang tidak jelas, katanya.

Sumber dalaman yang enggan dikenali itu memaklumkan, beliau percaya negara memerlukan seorang jeneral perang, namun tiada katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here