Misi bantuan ke Gaza, Ebit Lew mohon doa rakyat Malaysia

0
2

PENDAKWAH dermawan, Ebit Lew memohon rakyat Malaysia mendoakan agar misi bantuan kemanusiaannya ke Gaza, Palestin berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

Menerusi hantaran di Facebook, Ebit memuat naik gambar dirinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan akan berlepas malam ini.

“Pohon doakan ya, Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah kami dan hanya kepadaMu kami berserah.

“Terima kasih Dato’ Seri Hishammuddin dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT. Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor yang memberi semangat dan doa. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendoakan agar Ebit dan pasukannya berjaya dalam misi bantuan kemanusiaan itu.

“Tiada kata-kata lain daripada saya buat Ustaz Ebit Lew dan delegasi beliau melainkan terima kasih atas usaha yang sangat mulia ini demi saudara mara kita di sana.

“InsyaAllah Ustaz, sokongan dan doa saya serta seluruh warga Wisma Putra akan sentiasa iringi perjuangan Ustaz. Semoga Allah SWT akan melindungi Ustaz dan delegasi dan memudahkan urusan misi kemanusiaan ini.

“Perlukan apa-apa maklum sahaja. InsyaAllah, Perwakilan Malaysia di Kaherah, Mesir akan cuba bantu. Semoga selamat sampai ke destinasi Ustaz!,” katanya di Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here