PELAWAK R Ramassuntran meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataan menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Difahamkan, pelakon berusia 57 tahun itu mengalami bengkak kaki sebelum dibawa ke unit Kecemasan HKL kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
“Kita kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah yang sangat ‘dedicated’ dan ‘committed’ dengan kerjanya.
“Hari ni Ramassuntran Rengan menghembuskan nafas terakhirnya, meninggalkan kenangan manis kepada semua sahabat. Salam takziah buat isterinya, Kamala dan keluarga. Goodbye Rama, you may rest now,” kata kenyataan itu.
Menurut Seniman, Ramassuntran menghembus nafas terakhir kira-kira jam 2 hingga 2.30 pagi tadi dan mendiang sebelum ini mempunyai masalah jantung.
“Beliau mengalami bengkak kaki dan di bawa ke bahagian kecemasan antara jam 12.00 pagi -12.30 pagi.
“Sejam kemudian doktor mengesahkan bahawa Saudara Ramasundran telah tiada (beliau mempunyai sejarah masalah jantung). RIP dari Persatuan Seniman Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

