Siap sedia hadapi gelombang terburuk – Dr Noor Hisham

0
3

BERIKUTAN trend graf jangkitan kes Covid-19 yang terus meningkat, rakyat diminta bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang Covid-19 terburuk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lonjakan kes bermula sejak 1 April lalu dan boleh mencetuskan kenaikan menegak.

“Kita perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan senario terburuk.

“Tolong kami untuk tinggal di rumah. Kita boleh memutuskan rantaian jika kita bersama-sama melakukannya,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Hari ini, Malaysia pertama kali merekodkan kes jangkitan harian melebihi angka 7,000 sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Sebanyak 7,289 kes dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia terus melonjak kepada 525,889 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here