Insiden LRT: Tambah kekerapan tren bagi elak kesesakan – Syed Saddiq

0
2

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah tidak sesuai.

Menurutnya, ia termasuk pengurangan kekerapan jadual perjalanan perkhidmatan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel.

“Sejak semalam, saya ikut rapat perkembangan insiden di LRT. Setakat ini dilaporkan ada 166 penumpang cedera ringan dan 47 cedera parah. Kita doa mereka selamat.

“Cuma saya mahu ulas hal jadual LRT, MRT dan monorel. Mengikut SOP PKP yang kerajaan umum, kerajaan akan kurangkan kekerapan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan jadual baru LRT, tren hanya akan ada setiap 30 minit dan setiap 10 minit pada waktu puncak.

“Ini bukan cara yang betul untuk melawan Covid-19 kerana jumlah penumpang akan lebih ramai di dalam satu kereta api. Semua tunggu 30 minit untuk satu perjalanan, ramailah orang berhimpit.

“Sepatutnya kalau nak kurangkan jumlah kepadatan penumpang, tambah lagi kekerapan kereta api. Ini logik mudah yang sepatutnya kerajaan dan Pengerusi Prasarana tahu,” katanya.

Menurutnya, keadaan kepadatan dan kesesakan itu dapat dilihat berdasarkan gambar keadaan stesen dan kereta api yang dikongsi orang ramai.

“Sama juga dengan waktu operasi kedai. Kalau tak mahu orang ramai bersesak, panjangkan tempoh waktu perniagaan.

“Logik mudah, tapi kerajaan buat susah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here