Vaksinasi: Kita tercorot dengan pelbagai alasan

0
1

KERAJAAN Kelantan meminta penduduk negeri itu supaya memberi sokongan dalam usaha kerajaan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Semalam media melaporkan hampir 10,000 penduduk negeri itu, sebahagian besar berusia lebih 60 tahun gagal hadir menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga kelmarin.

Mengulas mengenainya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata ketika rakyat negara bukan Islam telah berjaya menyambut baik program vaksinasi, namun rakyat kita tidak begitu.

“Kita tercorot dengan pelbagai alasan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Izani berkata vaksinasi amat penting untuk semua membentuk imuniti berkelompok (herd immunity) dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di Malaysia menerima vaksin.

“Ini secara langsung dapat membendung penularan jangkitan Covid-19 ini daripada menjadi tidak terkawal,” katanya lagi.

Semalam Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin dilaporkan berkata antara punca hampir 10,000 penduduk gagal hadir menerima vaksin ialah masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan.

Selain itu katanya, ada juga gagal hadir kerana mempunyai masalah peribadi selain tidak memberi sebarang alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sehingga kelmarin, lebih 340,000 individu mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 di Kelantan melalui MySejahtera tetapi angka itu masih rendah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here