Insiden LRT: Siasat segera, beri bantuan setimpal kepada mangsa

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, bel,iau berharap mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius selain mendapat rawatan sewajarnya.

“Subhanallah, Allahuakbar. Malam ini (tadi)berlegar di media sosial mengenai kejadian dua tren LRT bagi laluan Kelana Jaya yang terbabit kemalangan.

“Berdasarkan video yang ditularkan kita dapat menyaksikan ramai penumpang yang tercedera. Saya harapkan doa rakan-rakan semua supaya tidak berlaku kecederaan serius kepada penumpang yang terlibat,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang serta meminta semua rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan kepada mangsa terbabit.

“Saya mengajak seluruh sahabat-sahabat alam maya dan seluruh rakyat Malaysia, bersama-sama kita mendoakan keselamatan semua penumpang dan dipermudahkan segala usaha menyelamatkan mangsa yang terlibat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menzahirkan rasa dukacita di atas insiden berkenaan.

“Semoga mereka yang cedera mendapat rawatan sebaiknya dan segara pulih bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kesan trauma dari kemalangan ini.

“Diharapkan siasatan dan tindakan segera diambil agar pihak berkenaan mengambil tanggungjawab bukan sahaja sekiranya berlaku kecuaian tetapi memberi bantuan yang setimpal kepada penumpang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here