Tinggal 13 kawasan bukan zon merah di Semenanjung

0
2

HANYA 13 kawasan dan daerah di Semenanjung masih bertahan daripada bertukar menjadi zon merah setakat semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik dikeluarkan pusat berkenaan, terdapat hanya empat zon kuning di Semenanjung iaitu Rompin (Pahang), Kemaman (Terengganu), Gua Musang (Kelantan) dan Sik di Kedah.

Pada masa sama, terdapat sembilan zon jingga iaitu Perlis, Perak Tengah, Kampar, Tampin, Mersin, Maran, Kuala Terengganu dan Padang Terap.

Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka menyaksikan semua daerah berada dalam zon merah.

Sarawak pula hanya tinggal tiga zon hijau iaitu Kabong, Marudi dan Telang Usan manakala 10 zon kuning dan dua zon jingga manakala selebihnya zon merah.

Sabah mempunyai lapan zon hijau, tujuh zon kuning, tiga zon jingga serta sembilan zon merah.

Zon merah mempunyai lebih daripada 40 kes positif virus berkenaan dalam tempoh 14 hari, kawasan yang mempunyai 21 hingga 40 kes positif dirujuk sebagai zon jingga.

Zon kuning pula merujuk kepada kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif, manakala zon hijau adalah kawasan yang tiada kes positif.

Selangor mencatatkan paling banyak kes aktif iaitu 23,170,000 kes, diikuti Sarawak 6,799 kes aktif dan Kuala Lumpur 6,590 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here