Atletico juara La Liga, Real Madrid akur sekadar tempat kedua

0
2

ATLETICO Madrid mengesahkan kejuaraan La Liga selepas menewaskan Real Valladolid 2-1 dalam aksi terakhir penuh dramatik bagi saingan musim 2020/2021 awal pagi tadi.

Ketinggalan 0-1 pada babak pertama, Atletico bangkit dengan dua jaringan menerusi Angle Correa pada minit ke-57 dan Luis Suarez 10 minit kemudian.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Diego Simeone memungut 86 mata, dua mata mengatasi pencabar terdekat dan jiran setempat, Real Madrid.

Real Madrid yang juga juara bertahan menewaskan Villareal 2-1 namun harapan untuk mempertahankan kejuaraan berkecai dengan kemenangan Atletico.

Ia juga kejuaraan pertama Atletico selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2013/2014 sebelum Barcelona dan Real Madrid bertukar ganti menjulang La Liga selama enam musim berturut-turut.

Sementara itu Barcelona meraih tempat ketiga dengan 79 mata setelah menamatkan saingan dengan kemenangan 1-0 ke atas Eibar.

Sevilla yang menduduki tempat keempat mengesahkan slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here