Perutusan khas PM berkaitan PKPP malam ini

0
3

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini akan menyampaikan perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam perutusan khas yang akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen utama itu, Perdana Menteri dijangka umum sama ada PKPP yang dilaksanakan sejak 10 Jun lalu akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Sebelum ini  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan tempoh PKPP yang berakhir pada 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata tempoh lanjutan itu perlu memandangkan negara masih bergelut dengan peningkatan kes Covid-19.

Malah, katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunua (WHO) menjangka pandemik Covid-19 akan berterusan untuk tempoh dua tahun.

Di bawah pelaksanaan PKPP, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat bagi menjalankan aktiviti harian dan ekonomi.

Namun segala aktiviti itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM. – Malaysiapost