Timbalan Pengerusi Tetap Umno meninggal dunia akibat Covid-19

0
3

TIMBALAN Pengerusi Tetap Umno, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid meninggal dunia malam Khamis, selepas dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 pada 3 Mei lalu.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara itu melalui hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, malam tadi.

“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, Ketua Umno Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap Umno kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada dan para solihin. Al-Fatihah,” katanya.

Sebelum ini, menerusi laporan media, Ketua Umno Bahagian Kepong itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat Covid-19.

Turut dimasukkan ke ICU ialah isterinya iaitu bekas Ketua Auditor Negara, Tan Sri Madinah Mohamed. -Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here