Total lockdown: Jangan wujud SOP berbeza golongan ‘kayangan’

0
2

JIKA ‘total lockdown’ dilaksanakan maka jangan ada lagi dwi-standard dalam aspek penguatkuasaan mahupun pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sehingga wujud perbezaan tindakan terhadap golongan ‘kayangan’ dengan ‘marhain’.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelaksanaan ‘total lockdown’ perlu dikuatkuasakan kerana lebih baik sengsara sekali berbanding merana berulang-ulang kali serta memudaratkan rakyat dan negara.

“Daripada maklumbalas orang ramai, rata-rata setuju dengan gesaan Pemuda Umno supaya dibuat ‘total lockdown’ sebagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 selama sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Pemuda Umno menggesa kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ dengan tujuh pra-syarat berikut :

  1. Bantuan Khas kepada rakyat dikalangan B40 terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergaji tetap, bekerja sendiri atau tiada punca pendapatan.
  2. Kebenaran pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.
  3. Kerajaan harus memanfaatkan Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi kewangan dan perbankan menawarkan Moratorium 2.0 selama 3-6 bulan tanpa caj atau faedah tambahan bagaikan penstrukturan atau refinancing.
  4. Kilang-kilang besar yang menjadi penyumbang terbesar kepada pandemik (lebih 50 peratus punca penularan virus Covid-19) mesti segera ditutup selama tempoh lockdown.
  5. Hanya frontliners dan pekerja e-hailing yang menghantar pesanan makanan dan barang-barang keperluan sahaja dibenarkan bertugas dan beroperasi.
  6. Rentas daerah mahupun negeri tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Sebagaimana PKP 1.0, semua sektor ditutup melainkan hanya sektor-sektor yang menjadi penggerak negara dikecualikan PKP seperti, air, elektrik, tenaga, komunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Gesaan pelaksanaan PKP penuh yang disuarakan beberapa pihak berikutan peningkatan kes Covid-19 mendadak di seluruh negara.

Hari ini, Malaysia mencatatkan 6,806 kes baharu berbanding 6,075 kes semalam dengan keseluruhan kes kumulatif jangkitan Covid-19 setakat ini 492,302 kes.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,277 kes, diikuti Kuala Lumpur 655 dan Johor 615. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/05/19/lebih-baik-rasa-perit-untuk-tempoh-singkat-dr-asyraf-wajdi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here