Nurul Huda Abhar
PRESIDEN MIC, Tan Sri S A Vigneswaran menafikan beliau mengarahkan beberapa individu memukul seorang lelaki kerana mengeluarkan kata-kata kesat serta memalukannya dan timbalannya, Datuk Seri M Saravanan.
Beliau mengakui mengenali mangsa yang dipukul dalam video tersebut, namun tidak terlibat mengarahkannya untuk dipukul seperti yang dinyatakan beberapa individu dalam video terbabit.
Dalam laporan polis yang dibuatnya, Vigneswaran memaklumkan, lelaki yang dipukul dalam video itu sudah berjumpanya dan Saravanan untuk memohon maaf atas kata-kata kesat yang dikeluarkan sebelum ini.
“Namun beliau telah dipukul dalam video ini dengan menggunakan nama saya dan Datuk Seri Saravanan seolah-oleh memberi gambaran bahawa dia dipukul atas arahan kami.
“Saya ingin menafikan bahawa pihak kami mahupun parti MIC terlibat dalam sebarang insiden dan meminta pihak PDRM menyiasat insiden ini dengan kadar segera untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya dalam laporan itu.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/03/sangat-bodoh-dakwa-mic-sertai-pn/

