Covid-19: Selangor perlu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan

0
3

Kerajaan Selangor perlu menjalinkan kerjasama sepenuhnya dengan kerajaan Persekutuan bagi menangani penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Demikian kata Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menerusi satu kenyataan bersama semalam.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor pada masa ini dilihat lebih cenderung berpolitik dengan menuding jari menyalahkan kerajaan Persekutuan susulan kegagalan mengawal peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut.

“Justeru, Maufakat Nasional (MN) Selangor berpandangan kerajaan negeri sepatutnya menggerakkan semua kemudahan dan sumber negeri yang ada bagi menghadapi serangan pandemik ini.

“Walaupun Selangor merupakan sebuah negeri termaju di Malaysia dengan memiliki kemudahan asas terbaik dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serba lengkap namun mereka gagal mengawal pandemik ini sehingga mengancam nyawa rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, menurutnya kenyataan itu, rakyat Selangor diminta supaya dapat mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh MKN bagi bersama-sama mengelak jangkitan wabak Covid-19.

“Sentiasa amalkan norma baharu dan semoga Allah membantu kita keluar daripada krisis ini,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Mariah Mahmud berkata kerajaan negeri itu menolak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya diberikan pilihan oleh Majlis Kelamatan Negara (MKN) dan kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerana PKP penuh tersebut akan memberi kesan kepada ekonomi peniaga-peniaga kecil termasuk pekerja harian. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/05/19/selangor-tidak-setuju-pelaksanaan-pkp-penuh/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here