Wanita 101 kg duduk atas muka suami sampai mati

0
2

GARA-gara terlalu marah kerana suami meminum terlalu banyak alkohol, wanita seberat 101 kilogram duduk di atas muka lelaki itu sehingga mati lemas.

Kejadian berlaku di Novokuznetsk, Rusia di mana Tatuana O berusia 45 tahun bertindak duduk di atas muka suaminya, Aidar, dan enggan bangun sehingga lelaki itu meminta maaf.

Anak pasangan itu yang menyedari kejadian itu mendapatkan bantuan daripada jiran.

Aidar yang pengsan selepas insiden tersebut bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian akibat pernafasan yang tersekat memandangkan wajahnya disembamkan ke atas tilam.

Pada masa yang sama, Tatyana duduk di atas lehernya dan menggunakan kedua-dua kakinya agar Aidar tidak dapat bergerak.

Tatyana dibicarakan dan hanya disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here