Noorkhiriah menggigil anak hilang

0
2

PELAKON, Noorkhiriah menggigil selepas anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah Azfaizul, 12, dilaporkan hilang awal pagi tadi di sekitar kawasan Kota Damansara.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie memaklumkan perkara berkenaan menerusi media sosial untuk hebahan kepada orang ramai bagi membantu mencari anaknya.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, anak kepada pelakon itu berjaya ditemui semula di TTDI.

Menerusi Instagramnya, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

“Tak terbalas budi baik semua.. Terima kasih semua yang mewar-warkan… Alhamdulillah dah jumpa.

“Terima kasih @iesya_toh orang pertama akak gegar.. @azzaelite..Maaf akak tengah gigil lagi lagi ni.. sesiapa yang telefon dan mesej nanti akak balas. Terima Kasih Allah,” katanya.

Noorkhiriah berkahwin dengan Azfaizul Ahtan sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Selain Hudhaifah, pasangan berkenaan juga mempunyai dua lagi anak termasuk Muhammad Yusoff, 10, dan anak perempuan bernama Nur, berusia dua tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here