PKPD secara pentadbiran di Amanjaya, Kedah mulai tengah malam ini

0
2
KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.
Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, July 21 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a news conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Parliament building, today.
Beginning July 24, Malaysians and foreigners coming back from overseas will have to undergo 14 days of compulsory isolation at designated quarantine stations and not at their own homes.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Nilam Oshman

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) dikuatkuasakan di Amanjaya, Kedah, mulai jam 12.01 tengah malam ini sehingga tempoh yang akan diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melur.

Katanya, PKPD secara pentadbiran ini akan melibatkan 22,360 individu dan 265 rumah serta kesemua individu akan disaring oleh petugas KKM.

“Prosedur operasi standard (SOP) seperti PKPD yang lain iaitu penduduk di zon yang terlibat tidak dibenarkan untuk keluar manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki zon terlibat.

“PDRM bersama ATM akan melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk di zon terlibat.

“Individu yang bekerja di luar kawasan PKPD tidak dibenarkan untuk berkerja dan keluar dari kawasan, manakala orang luar bekerja di kawasan PKPD pun tidak dibenarkan datang bekerja,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau turut berharap dan memberi peringatan kepada majikan agar tidak mengambil sebarang tindakan kepada pekerja-pekerja terbabit. – Malaysiapost