EMPAT daripada 11 kluster baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini membabitkan kluster pendidikan dengan mencatatkan 76 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, ia membabitkan kluster Jalan Sungai Panjang, Selangor dengan 11 kes, Jalan Benut, Kluang, Johor (25), Tanah Lesen, Selangor (13) dan Gugusan Alam, Selangor (27).
“Tiga kluster lain membabitkan kluster komuniti manakala kluster tempat kerja dan keagamaan masing-masing melaporkan dua kluster.
“Sebanyak 1,887 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 470 kluster aktif manakala 1,417 kluster telah tamat,” kataya dalam satu kenyataan media hari ini.
Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:
• Kluster Jalan Sungai Panjang (Sabak Bernam) 11 kes
• Kluster Jalan Benut Kluang (Kluang) 25 kes
• Kluster Tanah Lesen (Sabak Bernam, Petaling dan Klang) 13 kes
• Kluster Gugusan Alam (Kuala Selangor) 27 kes
• Kluster Kampung Terusan (Kota Bharu) 40 kes
• Kluster Kampung Boyan (Kuching) 19 kes
• Kluster Jalan Abdul Hamid (Kinta) 19 kes
• Kluster Jalan Kelab Golf Tiga Belas (Petaling, Klang, Hulu Langat, dan Sepang) 23 kes
• Kluster Jalan Semabok (Melaka Tengah) 11 kes
• Kluster Parit Lintang (Batu Pahat dan Johor Bahru) 13 kes
• Kluster Jalan Menteri (Kota Kinabalu dan Penampang) 9 kes
-Malaysiapost

