Krisis Palestin-Israel: Segerakan sidang khas tergempar OIC

0
2

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kerjasama beberapa negara Islam lain diseru menganjurkan sidang khas dan tergempar negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan krisis Palestin-Israel.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau berkongsi pandangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penyelesian damai mesti segera diusahakan bagi mengendurkan konflik di Palestin waktu ini.

Katanya, Malaysia wajar mempergiatkan usaha diplomatiknya dan menyokong usaha negara seperti Turki, Tunisia dan Mesir bagi meredakan keadaan di Palestin.

“Malaysia telah lama menjadi pendokong perjuangan kedaulatan negara Palestin. Sokongan ini mesti diterjemahkan dengan usaha diplomatik yang berganda, serius dan mempunyai impak.

“Rakyat Malaysia pula mesti memainkan peranan dengan menggiatkan segera segala ikhtiar kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin di Jerusalem dan Gaza,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad berkata konflik ketenteraan kini telah bertukar menjadi krisis kemanusiaan dengan orang memerlukan tempat kediaman.

Pada masa sama katanya, bekalan makanan dan perubatan menjadi semakin sukar kerana penutupan sempadan ke Gaza.

“Hospital-hospital waktu ini pula beroperasi dalam keadaan kemudahan dan perubatan yang terhad.

“Keadaan bertambah buruk dengan wabak Corona yang semakin memburuk.

“Marilah kita semua tampil segera, menyumbang setakat yang termampu kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai operasi di Palestin,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook/ts.muhyiddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here