Tender siaran Piala Dunia, betul ke kerajaan tak keluar walau satu sen? – Puad

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan benarkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu tidak mengeluarkan walau satu sen untuk hak siaran Piala Dunia FIFA 2018.

Ia sebagaimana kenyataan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyebut kerajaan PH tidak akan membuat sebarang bayaran kerana berjaya mencari penaja untuk membiayai kos bernilai RM30 juta bagi siaran langsung Piala Dunia itu.

Semalam, Kementerian Kewangan mengeluarkan senarai penuh 101 projek yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion ketika pentadbiran kerajaan PH.

Berdasarkan senarai itu, syarikat Sport Media & Distributor diberikan tender bernilai RM29.9 juta bagi hak siaran Piala Dunia 2018.

“Apa yang musykil ialah, pada 3 Jun 2018 Lim Guan Eng umum kerajaan tidak akan keluar duit satu sen pun untuk siaran itu.

“Menurutnya duit tajaan siaran langsung Piala Dunia di RTM sudah mencukupi.

“Habis tu kenapa pula ada tender runding terus untuk siaran langsung itu. Kata satu sen pun duit kerajaan tidak akan digunakan.

“Ini bohong apa pula ni? Tidak habis habis berbohong,” kata Puad menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost