Timbalan Mursyidul Am PAS minta pengundi sokong calon BN

0
2

TIMBALAN Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob meminta pengundi memberi sokongan penuh kepada calon Muafakat Nasional (MN), Mohd Zaidi Aziz daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN), Sabtu ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kemenangan Mohd Zaidi akan memberi isyarat kepada rakyat akan keutuhan kerjasama yang dibina atas semangat keikhlasan tinggi, saling memerlukan dan tolenrasi sebagai wadah utama gabungan parti politik di negara ini.

“Saya percaya kemenangan ini akan terus menzahirkan dokongan penuh rakyat Malaysia kepada kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memimpin negara dengan cemerlang dan kepedulian rakyat yang tinggi sepanjang tempoh mencabar.

“Oleh itu, muafakat politik ini akan terus diperkukuh dari segi persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya menerusi kenyataan.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu. -Malaysiapost