PKP 3.0: 8 cadangan PPMM pada kerajaan

0
2

PERSATUAN Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengemukakan lapan cadangan kepada kerajaan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat mencapai matlamatnya.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata pihaknya menyokong segala usaha kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19 dan memberikan lapan cadangan dalam usaha mencapat matlamat PKP dan darurat.

“Menutup sektor yang paling banyak menyumbang kadar pesakit Covid-19 dan melaksana langkah proaktif mengekangnya.

“Menubuhkan pusat kajian dan pembangunan (Research and Development Centre) secara khusus dan terfokus kepada penghasilan vaksin tempatan dan pencegahan Covid-19 tidak terhad kepada perubatan moden sahaja, tetapi termasuk aspek perubatan tradisional dan komplementari seperti perubatan Melayu/Islam, perubatan Cina, Ayurveda, herba dan perubatan jenis lain.

“Melaksanakan kembali moratorium secara automatik kepada pinjaman atau pembiayaan perumahan dan kenderaan atau membeli sebahagian daripada
pinjaman atau pembiayaan tersebut dari bank dengan tujuan meringankan bayaran bulanan peminjam,” katanya hari ini.

Sementara itu, Zainul Rijal berkata PPMM mendapat banyak aduan dan laporan dari ahli dan bukan ahli mengenai kesan PKP ditanggung mereka yang rata-ratanya mengurangkan keberdayaan untuk menjalani kehidupan.

Kesan PKP ini katanya, dapat dilihat daripada peningkatan jumlah perceraian, jenayah dan statistik masalah mental dihadapi rakyat.

Beliau berkata PPMM juga mencadangkan agar kerajaan mengecuali atau mengurangkan cukai pendapatan tahun ini.

“Manakala agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perkeso, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pihak berkuasa tempatan dan lain-lain menggantung segala tindakan undang-undang terhadap rakyat yang terkesan dengan Covid19 ini berkaitan apa-apa bayaran yang tertunggak.

“Memberi bantuan kewangan kepada golongan B40 secara berkala dan efektifserta bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana secara berkala termasuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan SSM seperti firma guaman, peniaga tepi
jalan dan lain-lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here