3 sesi solat sunat Aidilfitri di Pulau Pinang esok

0
2
Orang ramai hadir di Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat Jumaat dengan penjarakkan 1.5 meter ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SOLAT sunat Aidilfitri di semua masjid dan surau di Pulau Pinang dibenarkan secara penggiliran esok membabitkan tiga sesi.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam satu pengumuman khas hari ini, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

“Setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan berbincang bersama Timbalan Ketua Menteri 1 dan Mufti Pulau Pinang, JHEAIPP membenarkan sesi solat sunat Aidilfitri secara penggiliran ini.

“Ia adalah pilihan/alternatif kepada pihak masjid atau surau berlandaskan syarat yang perlu dipatuhi,” menurut pengumuman khas yang dikongsi di Facebook JHEAIPP hari ini.

Antara syaratnya adalah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti ditetapkan dalam garis panduan terkini berkuatkuasa hari ini

“Kehadiran adalah mengikut sesi ditetapkan iaitu sesi pertama 8.30 pagi hingga 9.15 pagi, sesi kedua 9.45 pagi hingga 10.30 pagi dan sesi ketiga 11 pagi hingga 11.45 pagi.

“Imam yang ditentukan oleh pihak masjid atau surau hendaklah Imam berlainan bagi setiap sesi solat serta tiada perhimpunan sebelum dan selepas setiap sesi solat.

“Selang masa antara setiap sesi solat adalah bagi tujuan sanitasi dan tempoh solat setiap sesi adalah 45 minit serta selepas solat jemaah hendaklah segera pulang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here