Misha geram warga Kelantan nak pulang ke kampung

0
2

PENYANYI Misha Omar menasihatkan warga Kelantan agar melupakan hasrat pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini dengan mematuhi larangan merentas negeri yang ditetapkan kerajaan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu turut terkesan terkesan dengan berita ribuan warga Kelantan yang diarahkan berpatah-balik, seolah-olah tiada rasa bertanggungjawab untuk mematuhi arahan kerajaan.

Dia bertambah geram melihat situasi ini dan lebih mengecewakan ada yang buat-buat tidak tahu larangan merentas negeri sedangkan pihak kerajaan selalu membuat pesanan tersebut.

Malah, Misha turut menyatakan walaupun dirinya sendiri rindukan emak di kampung tetapi dia tidak mahu merisikokan keadaan kerana pandemik Covid-19 sedang hebat melanda negara ketika ini.

“Olohhh laaaa.. ingak demo soghey jah ko hok rindu ko orghe tuo demo? Ambo pun samo jugok….haghi2 duk jeghik sambil video call mok ambo…. tok takut ko tgk angka kes hari2 tu abe kakok wehhh…oloh oloh olohhh…gegheyy wehh kitoo…kutil kaeeee……,” katanya dalam loghat Kelantan di Instagramnya, hari ini.

Misha juga memberi pesanan buat orang ramai supaya terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha melandaikan lengkok graf pandemik Covid-19.

Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini.

Semua aktiviti ziarah menziarahi sempena Aidilfitri adalah dilarang bagi mengekang penularan Covid-19 yang semakin menggila ketika ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here