LEBIH 1.4 juta dos bekalan vaksin Pfizer dan AstraZeneca akan diterima negara melalui beberapa penghantaran sepanjang bulan ini dan bulan depan.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, ia merangkumi hampir 260,000 dos bekalan vaksin keluaran Pfizer melalui tiga penghantaran sepanjang bulan ini bermula minggu depan.
Dalam masa sama, katanya, Malaysia juga dijadualkan menerima lebih1.2 juta dos bekalan vaksin AstraZeneca melalui dua penghantaran pada bulan ini dan bulan depan.
“Sejumlah 197,730 dos vaksin Pfizer akan diterima pada 19 Mei ini, disusuli 44,460 dos pada 20 Mei dan 17,550 dos lagi pada 21 Mei.
“Manakala sebanyak 259,740 dos bekalan vaksin Pfizer akan tiba antara 19 hingga 21 Mei ini. Jumlah dos Pfizer yang telah dan akan diterima sehingga 21 Mei ialah 2,490,930 dos.
“Bekalan kedua vaksin AstraZeneca dijadualkan tiba pada 20 Mei 2021, dan bekalan ketiga pula pada 1 Jun 2021 dengan jumlah sebanyak 615,120 dos sekali penghantaran,” katanya menerusi Twitter. – Malaysiapost

