Taman Tasik Metropolitan Kepong tutup tiga hari – DBKL

0
2

TAMAN Tasik Metropolitan Kepong ditutup selama tiga hari bermula semalam hingga esok selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran Facebook memaklumkan perkara berkenaan.

DBKL berkata, penutupan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan tersebut juga susulan daripada pelaksanaan sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

“Justeru, DBKL juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ini.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here