Ebit Lew sumbang 200kg daging kepada Zoo Negara

0
2

PENDAKWAH dermawan, Ebit Lew memberikan sumbangan sebanyak 200 kilogram daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik kepada Zoo Negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, Ebit berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban ikon pelancongan itu untuk memberi haiwan-haiwan di zoo makanan secukupnya.

“Sayu rasa nak raya, bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan saya teringat kepada zoo. Misi bantuan makanan haiwan Zoo Negara. Saya rindu dan juga turut berasa kasihan kerana tiada orang boleh melawat memandangkan PKP.

“Saya beli 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik untuk diberi kepada semua haiwan di sini. Saya gembira dapat tengok sendiri kesemua haiwan yang ada di Zoo Negara dan bantu mereka dengan memberi mereka makan,” catatnya di Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ebit bersyukur dapat memberi bantuan menjelang Aidilfitri setelah beberapa kali dia terpaksa menolak jemputan pihak Zoo Negara atas urusan tertentu.

“Dari saya di Afrika lagi saya teringat kepada zoo. Syukur sebelum raya sempat beri sedikit sumbangan. Walaupun sudah beberapa kali jumpa kesemua haiwan, rasa sayang sangat dengan kejadian keunikannya.

“Semoga semua haiwan disini sihat dan dapat makanan yang cukup. Mari bersama doakan untuk Zoo Negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here