PKPD di Felda Kahang Timur dan Kampung Bako Hilir

0
2

KERAJAAN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Kahang Timur, Kluang dan Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak bermula 12 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan berlaku peningkatan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di dua lokaliti tersebut.

“Sehingga 9 Mei 2021, KKM telah melaksanakan 65 ujian saringan ke atas penduduk di lokaliti tersebut (Felda Kahang Timur) dan 28 orang daripadanya disahkan positif Covid-19.

“Sehingga kini, sebanyak 17 kes positif Covid-19 telah direkodkan daripada 62 ujian saringan yang dilakukan ke atas penduduk di lokalit (Kampung Bako Hilir) tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua kawasan tersebut berkuat kuasa 12 Mei sehingga 25 Mei 2021,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah sehingga 25 Mei ini.

“Sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah yang dijadualkan tamat pada 11 Mei 2021.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,200 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 122 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan jangkitan di kawasan PKPD serta terdapat baki sampel saringan yang belum mendapat keputusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here