Tarikh janji temu suntikan vaksin AstraZeneca dipinda – KJ

0
3

SEBAHAGIAN daripada janji temu bagi penerimaan vaksin keluaran AstraZeneca yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mei ini, dianjak ke tarikh baharu bermula 17 hingga 23 Mei.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata ia perlu dipinda berikutan peningkatan kes positif Covid-19 ketika ini yang membimbangkan.

Beliau berkata, pindaan tarikh itu akan membabitkan 2,800 daripada 19,000 penerima vaksin keluaran AstraZeneca yang dijadualkan menerima suntikan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada kedua-dua tarikh berkenaan.

“Bilangan yang kita ada iaitu 19,000 ditetapkan pada dua hari itu, sejajar dengan kapasiti penuh.

“Ia akan dikurangkan kepada 16,200 manakala 2,800 janji temu dijadualkan semula pada tarikh lain bermula 17 hingga 23 Mei ini.

“Perubahan tarikh ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi MySejahtera yang akan dihantar bermula esok,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Pemberian vaksin AstraZeneca mula diberikan pada Rabu lalu kepada sukarelawan bermastautin di Selangor dan Kuala Lumpur.

Selain WTC Kuala Lumpur, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terlibat ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

2 Mei lalu, tempahan slot vaksin AstraZeneca (AZ) yang dibuka bermula 12 tengah hari, habis hanya dalam tempoh kira-kira tiga jam sahaja. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/05/05/vaksin-astrazeneca-akan-ditawar-ke-negeri-negeri-zon-merah-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here