Ketua Polis KL nafi tak pakai pelitup muka

0
1

“SAYA hanya membuka pelitup itu sejurus sebelum wawancara bermula dan terus memakai pelitup muka sebaik selesai wawancara,” demikian kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.

Beliau menafikan dakwaan kononnya tidak memakai pelitup muka ketika meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di Kuala Lumpur semalam.

Azmi berkata, beliau hanya membuka pelitup muka untuk sesi temu bual bersama sebuah stesen televisyen yang disiarkan dalam slot berita secara langsung, kerana pelitup itu dikhuatiri mengganggu kejelasan penyampaian mesej berikutan lokasi bazar itu agak bising.

“Satu video wawancara televisyen di Jalan TAR, membabitkan Ketua Polis Kuala Lumpur dimuat naik seorang individu di platform TikTok.

“Dalam video itu, individu berkenaan menyatakan ‘Sekarang ini Datuk tak pakai pelitup muka. Dia suruh orang ikut SOP tapi pelitup muka dia mana? Jadi kita saman dia’.

“Menjelaskan berkenaan isu pemakaian pelitup muka, saya hanya membuka pelitup itu sejurus sebelum wawancara bermula dan terus memakai pelitup muka sebaik selesai wawancara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

Foto Kredit: Polis KL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here