Senarai 101 projek rundingan terus dikeluarkan

0
3

KEMENTERIAN Kewangan hari ini mengeluarkan senarai penuh 101 projek yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata senarai itu dikeluarkan atas dasar mendokong urus tadbir yang baik demi ketelusan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Berdasarkan lampiran yang dikeluarkan, Kementerian Pengangkutan menawarkan nilai perolehan tertinggi iaitu RM4.47 bilion membabitkan empat projek.

Ia diikuti Kementerian Pertahanan yang membabitkan enam projek bernilai RM900 juta serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mendapat lapan projek dengan nilai RM517 juta.

Secara keseluruhannya sebanyak 20 kementerian menerima projek secara rundingan terus di bawah kerajaan PH.

Sementara itu, perolehan tertinggi diberi oleh Kementerian Pengangkutan kepada Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd membabitkan nilai RM4.475 bilion bagi pelaksanaan projek menaik taraf kemudahan infrastruktur landasan berkembar elektrik di Lembah Klang Fasa 2.

Ia disusuli oleh KDN kepada Datasonic Technology Sdn Bhd bernilai RM270,712 juta bagi perolehan pembekalan muka surat biodata polycarbonate untuk kegunaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Seterusnya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada MYTV Broadcasting Sdn Bhd bernilai RM254,400 ribu bagi perkhidmatan sewaan satu multiplexer berserta infrastruktur dan fasiliti rangkaian bagj siaran TV digital bagi tempoh tiga tahun.

Juga tersenarai adalah Kementerian Pertahanan kepada Airbus Military Sociedad Limitada (AMSL) bernilai RM222,869 ribu untuk kontrak ‘in-service support for RMAF A400M aircraft’. – Malaysiapost