SEBANYAK 3,733 kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini dengan Selangor masih menjuarai jangkitan harian tertinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya berkata jumlah kes kumulatif kini meningkat kepada 440,677.
Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 1,278 kes, diikuti Sarawak (454), Johor (365), Kuala Lumpur (338), Pulau Pinang (280), Kelantan (254), Negeri Sembilan (205), Kedah (176) dan Pahang (100).
Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Perak (80), Melaka (66), Sabah (61), Terengganu (49), Putrajaya (20), Labuan (6) dan satu kes di Perlis.
Sementara itu, sebanyak 26 kes kematian baharu dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kematian Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 1,683.
Jumlah keseluruhan kes aktif ketika ini ialah 37,060 yang mana 416 berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 216 individu memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

